• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Buru Individu Yang Salah Guna Laman Sosial

oleh Ahmad Albab
09/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan laman sosial, termasuk yang menyebar gambar atau berkongsi maklumat yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) akan memantau dan mengesan mereka yang terlibat.

“Pengguna media sosial harus menghentikan dari membuat, menyebar dan berkongsi apa-apa jua bentuk komunikasi yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam terutamanya yang bersifat menghasut.

Saya telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap mereka (pengguna) yang menyalahgunakan laman sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khalid berkata pengguna ini boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588), Akta Hasutan 1948 serta undang-undang lain yang berkaitan.

“Mereka (pengguna) wajar melaporkan kepada pihak berkuasa jika menerima atau mengesan sebarang kenyataan yang berupaya menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara.

Perlu saya ingatkan kembali hak kebebasan bersuara harus diamalkan secara berhemah dan berdasarkan kebenaran,” katanya.

Khalid berkata hak ini tertakluk kepada sekatan yang diterima pakai secara universal dan ditentukan oleh undang-undang khusus bagi tujuan melindungi ketenteraman awam.

Kenyataan Khalid itu adalah merujuk perkembangan kebelakangan ini di media sosial yang semakin sarat dengan fitnah serta penyebaran gambar dan maklumat palsu, seperti menghina kepimpinan negara, selain cuba menjejaskan ketenteraman awam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Sp_S854yP3A[/wpdevart_youtube]

Tags: khalid abu bakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd