• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

13 Perkara Tentang Orang Arab Terutama Di Arab Saudi…

oleh Ahmad Albab
13/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI yang mengagumi orang Arab dan ada juga yang terpikat dengan kecantikan atau kekacakan mereka, tetapi ada antara sifat mereka yang tidak diketahui umum.

Di sini kami kongsikan penulisan Lutfi Lokman yang pernah tinggal di kota Makkah dan Jeddah selama 9 tahun untuk mengenali budaya mereka dengan lebih dekat.

13 Perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang orang Arab terutamanya di Arab Saudi.

1. Apabila memandu kereta tengah malam, mereka suka pasang lampu dalam kereta. Tujuannya untuk elak rakan tertidur semasa berbual. Sakit hati juga, berbual seorang diri.

2. Berada di kedudukan paling belakang ketika lampu isyarat merah, tapi dia yang paling kuat tekan hon apabila lampu isyarat baharu bertukar hijau.

3. Budak-budak awal remaja tak merempit dengan motosikal tetapi dengan kereta. Kadang-kadang boleh tengok Lexus, GMC, Honda dan Camry berlumba di atas jalan raya.

4. Gila bola. Dari budak-budak sampai kepada bapa budak. Baju paling laku ialah jersi bola sepak. Padang bola sepak boleh dilihat di mana-mana. Namun, jangan sangka ia berwarna hijau. Padang mereka di atas gurun pasir berbatu atau jalan raya.

5. Aib sebut nama ahli keluarga perempuan ketika berbual sesama rakan lelaki. Mereka hanya akan guna ‘ibu kepada’ atau ‘adik/kakak kepada’. Contoh: Ummu Marwan (ibu Marwan), Ukhti Muhammad (kakak/adik Muhammad).

6. Berjalan sambil pegang tangan sesama lelaki adalah normal dan tidak dicop gay. Ia tanda keakraban antara sahabat lelaki. Geli-geleman, itu kau yang rasa. Diorang tak rasa apa-apa.

7. Jubah adalah pakaian rasmi. Jika pergi bank tengok ada pegawai pakai sut, pasti itu bukan asal Saudi atau mungkin baru balik belajar luar negara. Kesemua pejabat kerajaan, pakaian rasmi ialah jubah putih dan serban merah/putih.

8. Memakai kain pelekat di luar rumah adalah perkara aib. Ia hanya dipakai di dalam rumah sahaja. Kain pelikat seolah-olah pakaian tidur. Namun, ada bangsa seperti Yaman atau Melayu yang tinggal di Arab Saudi selamba juga pakai. Lama-kelamaan, ia menjadi biasa.

9. Memberi dengan tangan kanan. Makan dan minum dengan tangan kanan. Ia mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kadang-kadang, jika di restoran, anda akan ditegur secara terus jika menggunakan tangan kiri untuk minum air.

10. Pemurah hati. Arab sangat pemurah dalam bab bersedekah. Kita dapat melihat contoh itu ketika bulan Ramadan. Ada yang beri makan, ada yang beri duit kepada jemaah umrah dan haji. Tak kurang, mereka handal dalam rai tetamu. Jika dijemput ke rumah untuk makan, bersiap sedialah longgarkan tali pinggang. Tak muat perut beb. Makanan bersilih ganti dan penuh satu meja.

11. Sendawa adalah sesuatu yang mengaibkan bagi mereka. Anda perlu menahan sendawa. Jika terlepas, anda akan dipandang serong.

12. Kereta jarang dicuci. Semakin kotor kereta, semakin bertambah bangga. Ini menunjukkan mereka seorang pengembara yang berjalan jauh menempuh debu padang pasir.

13. Hilux adalah merupakan model kenderaan kegemaran bagi orang Arab kerana ia boleh multitasking. Ketika musim biasa, ia angkut kambing dan makanan unta. Jika musim haji, ia digunakan untuk bawa orang dan dikenakan caj yang menjadi sumber pendapatan buat mereka.

Sumber: The Vocket

Baca: Fitnah-Fitnah Yang Sering Disebarkan Terhadap Arab Saudi

Juga: Tun M Kisah Derma Gila Tok Arab Bodoh Kedekut

Lagi: Dana RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=xCG8Bu-3GDU]

Tags: Arab Saudi
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd