• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PHNT Sokong Hasrat Faizal Beraksi Di Luar Negara

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Persatuan Hoki Negeri Terengganu (PHNT) menyokong hasrat penyerang negara Faizal Saari untuk bermain di liga luar negara sementara menunggu penggantungan daripada skuad kebangsaan yang dikenakan ke atasnya berakhir.

Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata pihaknya tiada halangan sekiranya hasrat berkenaan mampu mendatangkan manfaat kepada pemain pasukan Terengganu itu.

“Jika peluang Faizal lebih baik di luar negara, kita tiada masalah dan PHNT menyokong demi kebaikan dan masa depan pemain itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Laporan akhbar semalam memetik Faizal sebagai berkata beliau berhasrat menyertai liga luar negara dengan tiga destinasi menjadi pilihannya iaitu Jerman, Oman dan Hong Kong, sementara menunggu tempoh hukuman ke atasnya berakhir.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menggantung Faizal, 25, selama enam bulan daripada menyertai skuad kebangsaan selepas gagal menghadiri sesi latihan sejak 2 Okt lalu.

Wan Ahmad Nizam berkata penggantungan itu hanya membabitkan skuad kebangsaan dan Faizal masih boleh mewakili negeri berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata PHNT akan mengadakan mesyuarat eksekutif Jumaat ini bagi membincangkan pembentukan pasukan bagi menghadapi saingan liga domestik 2016 termasuk pelantikan jurulatih, pengurus dan pegawai pasukan.

“PHNT akan menyiapkan pasukan lebih awal, lebih-lebih lagi untuk mengekalkan kejuaraan berganda Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Piala TNB,” katanya.

Beliau berkata PHNT kini dalam proses pemilihan pemain untuk membentuk pasukan negeri itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]edO7tbcGH7s[/wpdevart_youtube]

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd