• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Ahmad Zahid Sertai Solat Jenazah Kapten Hasman Hussin

oleh Ahmad Albab
06/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kira-kira 300 yang lain hari ini menyertai solat jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin di Surau Sekolah Agama Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah di sini.

Solat jenazah diimamkan Pegawai Agama Angkatan Tentera Malaysia Mejar Wan Efendi Wan Mamat itu turut disertai Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Jenazah yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang di masjid itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu di sini yang terletak kira-kira 150 meter dari masjid tersebut.

Terdahulu jenazah Hasman tiba di Masjid As-Syuhada Kem Terendak di sini kira-kira 4.30 petang menaiki van jenazah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Keranda jenazah sebaluti bendera Malaysia disambut lebih 1,500 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jenazah Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke dalam keranda ATM dan disusuli dengan solat jenazah diimamkan Ketua Pengarah Kor Agama Angkata Tentera Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.

Jenazah Hasman, 33, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air kira-kira 1.18 tengah hari di KLIA sebelum dibawa ke Melaka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]eT8KIaQR1Uo[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd