• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium 3 Bulan Untuk Perlombongan Bauksit

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Jan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini, dengan menggariskan beberapa langkah perlu diambil oleh pihak industri yang terlibat, dalam tempoh tiga bulan bagi menyelesaikan masalah pencemaran akibat aktiviti berkenaan.

Langkah berkenaan melibatkan pengosongan stok simpanan bauksit, mewujudkan sebuah kawasan simpanan bersepadu dan sistem pembersihan sisa bauksit.

“Bermula 15 Jan ini, semua (perlombongan bauksit) dihentikan sementara di Kuantan. Tak ada pergerakan sebab kita nak minta 11 pemilik stok simpanan bauksit buat pembersihan di setiap tempat simpanan bauksit. Begitu juga dekat pelabuhan, mesti keluarkan semua (stok simpanan) bauksit kerana kita tak benarkan lambakan bauksit di sana yang akan mengalir ke laut.

“Semua stok simpanan (11 pusat stok simpanan bauksit) sama ada untuk dieksport atau dialih ke satu tempat yang dikatakan tempat stok simpanan berpusat.

“Hanya ada satu kawasan stok simpanan akan dibina dengan perparitan, sistem penapisan, tempat pembersihan…semua sekali,” katanya pada sidang media khas mengenai operasi bauksit di Pahang, di sini hari ini.

Wan Junaidi menjelaskan tempoh moratorium akan dilanjutkan sekiranya pihak industri tidak dapat melaksanakan semua langkah yang digariskan itu.

“Dalam tempoh pelaksanaan moratorium itu, kerajaan akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan ia dipatuhi. Ia melibatkan agensi persekutuan dan negeri,” katanya.

Beliau berkata bagi membendung masalah pencemaran akibat bauksit, kerajaan juga telah membekukan pengeluaran Permit Kelulusan (AP) untuk menjalankan operasi perlombongan sejak minggu lepas.

Katanya AP baharu akan dikeluarkan selepas tempoh tiga bulan moratorium selesai, dan bagi pelombong yang tidak mematuhi garis panduan ditetapkan, mereka berisiko tidak akan diberikan AP untuk meneruskan aktiviti perlombongan.

Menjelaskan mengenai punca insiden air menjadi merah di Sungai Balok dan laut Pantai Batu Hitam, Wan Junaidi berkata insiden itu berlaku akibat pengaliran sisa bauksit dari pelabuhan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gPHV5EYZdts[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksitWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd