• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaki Solo Bakar Semangat Anak Muda Batu Kurau

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Pendaki solo Khairil Aslan Ab Rasid, yang berjaya menawan tiga puncak Himalaya tahun lepas, mahu menggunakan pengalaman dimiliki untuk mendorong lebih ramai anak muda mencipta kejayaan tersendiri.

Bapa kepada tiga anak itu berkata pemilihannya sebagai ikon Sekolah Menengah Kampung Perak, Batu Kurau di sini, merupakan satu penghargaan dan akan digunakan sebaik mungkin.

“Saya kagum kerana sekolah ini mewujudkan sebuah galeri menempatkan gambar dan sejarah pendakian saya untuk menyuntik semangat kepada pelajar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Khairil Aslan, 40, yang merupakan anak jati Batu Kurau mengulangi azamnya untuk melakar sejarah menjadi pendaki solo yang berjaya menawan tujuh puncak di tujuh benua dalam tempoh setahun, mulai tahun ini.

Katanya tujuh puncak itu adalah puncak Aconcagua di benua Amerika Selatan, puncak Carstensz Pyramid di benua Australasia dan Gunung Kilimanjaro di Afrika.

Turut menjadi ‘idaman’ pendaki solo itu adalah Gunung Vincon di Antartika; Gunung Denali di Amerika Utara, Gunung Everest di Eurasia dan Gunung Mauna Kea di Kepulauan Pasifik.

Khairil Aslan berkata hasrat untuk menakluk tujuh puncak di tujuh benua itu lahir, berikutan kejayaan ekspedisi solonya menawan tiga puncak Himalaya iaitu Puncak Maru, Lobuche dan Island dalam tempoh sebulan tahun lepas.

“Saya akan menggunakan kejayaan menakluk tiga puncak Himalaya di Nepal baru-baru ini dalam keadaan cuaca yang sejuk dan tiupan angin 140 kilometer sejam sehingga 160 kilometer sejam sebagai dorongan untuk mencapai cita-cita tersebut,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]XhmZtAVlBoo[/wpdevart_youtube]

Tags: pendaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

28/07/2023
0

GENEVA : Rangka manusia yang dipercayai seorang pendaki Jerman yang dilaporkan hilang ketika mendaki di gunung Matterhorn pada 1986 sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd