• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pintu Tak Rapat Paksa Pesawat Patah Balik

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Busan, Korea Selatan dengan membawa 163 penumpang terpaksa berpatah balik apabila salah satu pintunya didapati tidak tertutup rapat.

Pesawat kendalian Jin Air itu dalam perjalanan dari Cebu Filipina.

CNN melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam Jin Air itu mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurut pegawai berkenaan, kejadian itu disedari anak kapal yang mendengar bunyi bising dan memaklumkan kepada juruterbang sebelum pengumuman dibuat untuk diberitahu kepada penumpang.

Ketika kejadian, pesawat Boeing 737-800 berada pada ketinggian kira-kira 3,200 meter.

Menurut pegawai itu lagi, tiada kecederaan dilaporkan, bagaimana media tempatan negara itu melaporkan ada penumpang mengadu berasa loya ketika pesawat berpatah balik.

Selain itu, syarikat penerbangan itu berkata, semua penumpang diberikan bilik hotel sebelum memulakan penerbangan semula ke Busan 15 jam kemudian.

“Setiap penumpang diberi pampasan 100,000 won (RM365),” kata jurucakap Jin Air.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan Korea Selatan berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian dan merancang untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas enam syarikat penerbangan tambang murah lain bulan ini seperti Jin Air, Air Busan, Jeju Air, Paskah Jet, T’way Air dan Air Incheon. – mStar

[wpdevart_youtube]TnIOet_3kSg[/wpdevart_youtube]

Tags: pesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd