• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Percuma ‘Smart Selangor’ Mula Operasi Di Kawasan MPAJ

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi kawasan kelima yang menyediakan perkhidmatan bas percuma “Smart Selangor” bermula hari ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkhidmatan bas yang dikendalikan Rapid Bus Sdn Bhd itu menghubungkan antara Jalan Ukay Perdana dan Jalan Taman Melawati sejauh 18 kilometer dengan kekerapan setiap 15 dan 20 minit.

“Laluan bas itu meliputi Jalan Ukay Perdana, Jalan Sungai Sering, Jalan Mulia 1/1, Jalan Riana Ukay, Jalan Riana Ukay 1, Jalan Ukay Indah, Lorong Sering 5, Jalan AU 4/2, Jalan AU 5, Persiaran Permata dan Jalan Taman Melawati.

“Bas itu beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga pukul 10 malam setiap hari dengan kapasiti 60 penumpang dilengkapi kemudahan WiFi, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya (OKU),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bas Smart Selangor di sini hari ini.

Beliau mengharapkan langkah itu dapat menjadikan sistem pengangkutan awam di Selangor dapat disepadukan dan bergerak dengan lebih efektif dan berkesan di samping mampu guna.

Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta untuk diperluaskan di kawasan luar bandar seperti Selayang ke Kuala Kubu Baru, Kuala Selangor ke Sabak Bernam, daerah Kuala Langat dan Sepang sehingga akhir tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM2.5 juta bagi kawasan MPAJ dan Kajang dan menyediakan peruntukan tambahan untuk diperluaskan di tempat lain khususnya di kawasan luar bandar seperti di Selayang ke Kuala Kubu Baru,

Semalam perkhidmatan tersebut turut diperkenalkan di Kajang, manakala di Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya pula pada 1 Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: basMPAJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd