• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Tanpa Imunisasi Maut Akibat Jangkitan Di Kedah

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Kampung Bukit Malut, Langkawi, Kedah yang tidak mengambil imunisasi vaksin lima serangkai sewaktu bayi disahkan maut akibat difteria pada November tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, satu kes kematian akibat difteria pernah juga dilaporkan di Kampung Bikan, Kulim pada Disember 2014 oleh pesakit yang turut tidak menerima suntikan lengkap imunisasi.

“Kes ini tidak mendapat suntikan lengkap imunisasi difteria. Difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheria. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

“Bakteria ini menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, sejak pelalian difteria dimasukkan dalam Program Imunisasi Kanakkanak Kebangsaan pada tahun 1972, penyakit difteria menurun dengan sangat drastik.

Menurutnya, imunisasi difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenza Type B).

Jelasnya, ia diberikan pada umur 2, 3 dan 5 bulan sebagai dos utama dan 18 bulan sebagai dos tambahan.

“Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan,” jelasnya.

Justeru, katanya, ibu bapa disarankan untuk memastikan anak mereka telah mendapat imunisasi lima serangkai dos utama yang lengkap.

“Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang sangat tinggi. Ia menunjukkan betapa bahayanya penyakit ini dan betapa mustahaknya kanak-kanak diberi imunisasi difteria,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: kanak-kanakkuman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd