• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes 3 Lelaki Culik Kanak-Kanak 5 Tahun Disebut 2 Feb

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 2 Feb untuk sebutan semula kes tiga lelaki yang didakwa menculik kanak kanak lelaki berusia lima tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM300,000 pada Oktober tahun lepas.

Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Amira Abd Aziz memaklumkan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti kes itu sebelum memindahkannya ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ahli perniagaan sebuah syarikat percetakan, Siow Kek Keong, 44, buruh warga Indonesia, Riduansyah Yahya, 32, dan pemandu lori, Mohd Saifulamry Jarkasi, 28, didakwa dengan niat bersama menahan serta mengurung secara tidak sah kanak-kanak itu, yang merupakan anak seorang kontraktor.

Mereka dituduh melakukan perbuatan tersebut untuk mendapatkan wang tebusan itu di tepi Jalan Seroja bersebelahan rumah No.4, Taman Setia, Sungai Chua, di sini, pada 9.26 pagi, 9 Okt 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Siow diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent, Riduansyah oleh Azura Alias manakala Mohd Saifulamry pula oleh Mohd Fadhly Yaacob. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd