• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Putuskan Status Vape Esok

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Keputusan pengharaman mengenai penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di Negeri Sembilan akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) esok.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan berkata ia perlu dibincangkan secara teliti terlebih dahulu bagi mengelak sebarang perkara berbangkit selepas keputusan mengenainya dibuat.

“Sebarang keputusan mesti dibuat dalam sidang mesyuarat kerajaan negeri dan antara yang akan dibincangkan termasuk mengenai penjualan vape,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat dua perkara yang berbeza dalam isu vape iaitu penjualan dan penghisapannya yang Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penggunaannya dalam kalangan orang Islam adalah haram.

“Pendapat saya secara peribadi ialah Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan vape haram bagi orang Islam kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada penghisapnya maka orang Islam tidak boleh menghisap vape dan pendirian Majlis Fatwa Negeri juga selari dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Tetapi ada juga penghisap vape yang bukan orang Islam, jadi saya berpendapat tidak perlulah pengharaman mengenai penjualannya,” katanya.

Pada 21 Disember lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan penggunaan vape adalah haram kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikannya. – BERNAMA

Tags: Negeri Sembilanvape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd