• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suaram Kecewa 3 Kanak-Kanak Dikekalkan Sebagai Islam

oleh Ahmad Albab
07/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan propembangkang, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan kesahihan penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam pada Disember tahun lalu.

Pengarah Eksekutifnya, Sevan Doraisamy berkata, keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan kanak-kanak itu kekal sebagai Islam melanggar hak-hak asasi ibu kanak-kanak berkenaan.

“Keputusan membenarkan penukaran unilateral bawah umur tanpa sebarang cabaran oleh Mahkamah Rayuan boleh dilihat sebagai kegagalan dalam menegakkan prinsip Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC).

“Apa-apa keputusan oleh Mahkamah harus mencerminkan prinsip-prinsip UNCRC dan meletakkan kepentingan terbaik kanak-kanak itu sebagai keutamaan dalam proses membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Doraisamy menegaskan, semua agensi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan kanak-kanak diberi persekitaran yang ideal untuk belajar dan berkembang.

Tiga kanak-kanak terbabit dibawa masuk Islam oleh bapanya, Muhammad Riduan Abdullah yang asalnya bernama K. Patmanathan tanpa pengetahuan atau izin isterinya, guru tadika M. Indira Gandhi.

Media pada 30 Disember lalu melaporkan Mahkamah Rayuan mengekalkan yang kesahihan penukaran agama tiga anak oleh bapa Muslim mereka itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]SmzX7L2g2ys[/wpdevart_youtube]

Tags: Suaram
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Pandang Serius Pendapat Suaram Tentang Kerajaan PH

09/12/2018
0

KOTA KINABALU - PKR memandang serius kenyataan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan dasar ‘menindas’...

20 Markah Untuk Kad Laporan 100 Hari PH

15/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hanya memberikan 20 markah untuk kad laporan janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd