• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

891,685 Murid Tahun 1, Tingkatan 1 Mulakan Sesi Persekolahan

oleh Ahmad Albab
05/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 891,685 murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan tahun ini di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata seramai 448,677 murid memasuki Tahun Satu di 7,765 buah sekolah rendah di seluruh negara, melibatkan 229,808 murid lelaki dan 218,869 murid perempuan.

Berdasarkan statistik e-Daftar Rendah, kementerian berkata seramai 314,697 murid memulakan persekolahan Tahun Satu hari ini manakala 133,980 pelajar dari Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula semalam.

Sebanyak 7,765 sekolah itu melibatkan 5,784 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (1,296), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (524), Sekolah Kebangsaan Khas (28), Sekolah Kebangsaan (Asli) (90), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (36) dan tujuh buah Sekolah Rendah Model Khas Komprehensif (K9).

Menurut statistik, Selangor mencatatkan jumlah pelajar Tahun Satu paling ramai iaitu 89,419, diikuti Johor 54,492 murid dan Sabah (43,870).

Kementerian Pendidikan berkata seramai 443,008 pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan di 2,402 sekolah menengah di seluruh negara.

Berdasarkan e-Daftar Menengah, Selangor merupakan negeri yang mencatatkan pelajar Tingkatan Satu paling ramai iaitu 83,368 murid, diikuti Johor (54,550) dan Sabah (41,945).

Sebanyak 2,402 sekolah menengah yang beroperasi di seluruh negara itu melibatkan 1,982 sekolah menengah kebangsaan, sekolah menengah agama bantuan kerajaan (181), kolej vokasional (80), sekolah menengah berasrama penuh (69) dan sekolah menengah kebangsaan agama (57).

Terdapat juga 11 buah sekolah menengah dan rendah model khas, sekolah menengah teknik (sembilan), sekolah menengah khas (lima), Sekolah Sukan (empat), Sekolah Seni (tiga) dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (satu), menurut kenyataan itu.

Pada tahun lepas, terdapat 438,869 murid tahun satu dan 352,999 murid tingkatan satu mendaftar bagi sesi persekolahan 2015 di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: muridpelajarSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd