• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Ruang Kepada Polis Siasat Rapi Kes Remaja Dakwa Diculik

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meminta semua saluran media termasuk media sosial supaya tidak memberi liputan keterlaluan berhubung kes remaja perempuan yang mendakwa dirinya diculik.

Beliau berkata semua pihak sepatutnya memberi ruang kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan rapi terhadap perbuatan Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, yang mendakwa dirinya diculik di Klang pada Ahad lepas.

“Liputan yang keterlaluan boleh memberi kesan yang negatif kepada remaja perempuan itu dan anggota keluarga terutamanya pendedahan gambar-gambar yang boleh meninggalkan kesan yang tidak baik dari segi psikologi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kes remaja itu yang mendakwa diculik di Bandar Sultan Suleiman, Klang, dan ditemukan selamat bersama-sama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting pada Jumaat lalu.

Rohani berkata remaja perempuan itu akan ditempatkan secara sementara di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) selepas dibenarkan keluar dari hospital atas permintaan ibu bapanya setelah mengambil kira faktor keselamatan.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian memandang serius tentang perbuatan remaja perempuan itu yang telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya ibu bapa, kerana perbuatan sedikian tidak sepatutnya dilakukan.

Rohani turut menyarankan ibu bapa dan penjaga supaya memberi perhatian yang serius kepada anak masing-masing terutama memberi lebih masa untuk bersama-sama mereka dan mendengar masalah yang mungkin boleh dikongsi bersama.

“Jangan biarkan anak-anak menjadikan pihak ketiga untuk meluahkan masalah dan mendapat nasihat yang kurang tepat.

“Oleh itu, ibu bapa yang berdepan dengan masalah seperti ini, boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kaunselor di JKM atau di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Rohani berkata kementerian melalui JKM akan mengikuti perkembangan kes ini dan akan menyediakan apa juga jenis bantuan yang difikirkan bersesuaian kepada remaja perempuan itu dan ibu bapa serta anggota keluarganya. – BERNAMA

Tags: remajaRohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd