• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Spekulasi Isu Bauksit – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
03/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Semua pihak perlu berhenti membuat spekulasi mengenai isu bauksit sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan negeri Pahang dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaaafar.

“Semua pihak digesa tidak membuat sebarang spekulasi sehingga pengumuman dibuat tidak lama lagi,” kata menteri itu menerusi kenyataan pada pagi Ahad.

Dr Wan Junaidi sekali lagi mengulangi bahawa beliau dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan mengeluarkan kenyataan berikutan keputusan Kabinet untuk menghentikan sementara perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.

Pada Sabtu, Adnan berkata kerajaan Pahang dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai isu ini.

Terbaru kegiatan perlombongan mineral itu juga dipercayai telah menjadi antara punca utama air di Sungai Balok dan air laut Pantai Batu Hitam bertukar menjadi merah semasa hujan lebat baru-baru ini.

Sementara itu tinjauan di Jalan Pintasan Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan mendapati laluan yang sebelum ini sibuk dengan kenderaan berat mengangkut bauksit hampir lengang.

Lori-lori bauksit didapati diletakkan di tepi jalan berhampiran stesen minyak di kawasan perindustrian Gebeng dan Jalan Pintasan Kuantan dipercayai mempunyai kaitan dengan arahan itu.

Perlombongan bauksit telah dalam berita berikutan kebimbangan tentang kesan-kesan kesihatan debu bauksit, selain kebimbangan bahawa kawasan besar yang diterokai untuk perlombongan boleh membawa kepada banjir lumpur dan tanah runtuh.

Minggu lepas, laut di luar Pantai Batu Hitam dan Sungai Balok bertukar menjadi merah. Kejadian itu dipercayai berlaku akibat daripada hujan lebat yang kemudiannya dibawa bauksit dari lombong ke sungai-sungai dan ke dalam laut. – mStar Online

Tags: bauksitWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd