• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Terhadap Pihak Gagal Laksana Rebat Prabayar

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih yang bermula hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata syarikat telekomunikasi yang didapati ingkar arahan itu dan gagal mematuhi Panduan Peraturan Berhubung Pendaftaran Pengguna Akhir bagi Perkhidmatan Selular Awam Prabayar juga akan dikenakan tindakan.

“Bermula hari ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mula membuat pemantauan pelaksanaan rebat prabayar.

“Pengguna warganegara akan membayar RM10 untuk kad prabayar dan bila diaktifkan, mereka akan dapat kredit sebanyak RM9.43 airtime, kemudian sebanyak RM0.57 akan dikreditkan dalam masa 24 jam… ini adalah janji kerajaan dan saya sendiri akan pantau dan lihat perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada 70 mangsa banjir di Hulu Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu, sekali lagi mengingatkan pengguna internet supaya tidak menyebarkan kembali gambar bencana banjir yang berlaku pada tahun lalu di laman sosial terutamanya melalui Facebook dan aplikasi ‘WhatsApp’.

“Ada tempat yang tak banjir pun tahun ni, tapi pengguna memuat naik kembali gambar banjir di tempat berkenaan yang pernah berlaku, jadi orang yang nak bagi bantuan dan mereka yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat terpaksa membatalkan perjalanan dan ini menyusahkan banyak pihak.

“Bila kerajaan dah tingkatkan kapasiti internet, sediakan kemudahan, pengguna seharusnya tidak menimbulkan pelbagai isu pula,” katanya.

Dalam pada itu, Jailani berkata pihaknya akan turut berbincang dengan Pejabat Daerah Hulu Terengganu bagi menaik taraf beberapa pusat penempatan banjir di Hulu Terengganu yang didapati tidak bersesuaian.

“Tahun lalu kita dah bina beberapa buah pusat penempatan banjir yang baharu dan masih ada kampung yang belum ada pusat penempatan khas dan masih menggunakan sekolah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Jailani JohariRebat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rebat Tol 20 Peratus Untuk Pengguna Kerap LDP Ditamatkan

Rebat Tol 20 Peratus Untuk Pengguna Kerap LDP Ditamatkan

29/03/2024
0

SHAH ALAM - Amanat Lebuhraya Rakyat Berhad (ALR) akan menamatkan program ‘LITRAK Frequent Travellers Program’ (LFTP) berkuat kuasa 1 April...

Pengguna Terjejas Gangguan Bekalan Elektrik Akan Diberi Rebat – Takiyuddin

Pengguna Terjejas Gangguan Bekalan Elektrik Akan Diberi Rebat – Takiyuddin

30/07/2022
0

KOTA BHARU : Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyediakan rebat terutama kepada peniaga yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd