• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengganas IS/Daesh Cuma Takut Satu Negara Ini…

oleh
01/01/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON — Kumpulan pengganas IS atau Daesh sebenarnya didapati langsung tidak berasa takut terhadap serangan hebat yang dilakukan oleh pihak tentera Rusia dan sejumlah negara diketuai Amerika Syarikat (AS).

Sebaliknya satu-satunya negara di dunia yang paling ditakuti oleh anggota militan IS/Daesh hanya sebuah, iaitu Israel dan rahsia tersebut didedahkan sendiri seorang wartawan veteran berusia 75 tahun, Jurgen Todenhofer.

“Mereka (IS/Daesh) fikir mampu mengalahkan pasukan AS dan Rusia yang dianggap tidak berpengalaman hendak melawan pihak gerila atau pengganas dalam bandar,” jelas beliau yang pernah tinggal lama di Syria pada 2014.

Namun ujar Todenhofer yang disiarkan akhbar berpengaruh Britain, The Mirror, tentera rejim Zionis sangat pakar dalam melawan gerilawan dan teroris hasil pengalaman luas mereka bertempur dengan pejuang syahid Palestin.

“Daesh tidak takut pun terhadap tentera AS dan Rusia. Mereka hanya takut pada kehebatan tentera Israel. Bagi pihak Daesh, tentera Israel adalah bahaya paling nyata,” tambahnya yang mahir dengan senario politik Asia Barat.

Baca: Hamas Palestin Tidak Pernah Iktiraf Ekstremis Daesh

Juga: Kerajaan AS Hairan Militan IS Suka Sangat Guna Toyota Hilux

snowden isis

Ketika ini, IS/Daesh sudah mengalami beberapa kekalahan dalam pertempuran dan salah satu yang amat bererti adalah peperangan sengit di kota Ramadi, serta terletak 110 kilometer ke ibu negara Iraq, Baghdad baru-baru ini.

Ekstremis IS/Daesh dilaporkan terpaksa ‘lari’ meninggalkan bandar berpenduduk 450,000 orang yang diasaskan Khalifah Uthmaniah itu pada 28 Disember tahun lalu setelah kalah bertempur dengan pasukan keselamatan Iraq.

“Ini yang terbaharu dalam serangkaian kekalahan Daesh,” kata Setiausaha Luar Britain, Philip Hammond sekali gus mengesahkan pengganas itu kehilangan teruk kira-kira 30 peratus wilayah yang pernah dikuasainya di Iraq.

Pendedahan Todenhofer selari dengan pengakuan bekas staf Agensi Keselamatan Nasional AS, Edward Snowden yang pernah mengejutkan dunia menerusi siri pembongkaran banyak kes kontroversi pihak kuasa besar global itu.

Beliau mendakwa, IS/Daesh sebenarnya diwujudkan sendiri perisikan AS dan Britain melalui projek khas rahsia Hornet’s Nest bagi melindungi kepentingan rejim Israel dengan berselindung konon di sebalik slogan jihad agama.

Justeru, tidak hairanlah sehingga kini pihak IS/Daesh langsung tidak pernah menyerang Israel yang jelas zalimi Palestin tetapi lebih sibuk ‘menghancurkan’ negara-negara sekeliling rejim Yahudi itu tanpa apa-apa alasan kukuh.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DaeshIS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd