• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Bantu Bina Jambatan Sementara Di Kampung Pemberian

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membina sebuah jambatan sementara menghubungkan Kampung Pemberian dan Kampung Manjor di Kuala Krai bagi menggantikan jambatan yang runtuh akibat arus deras Sungai Lebir berikutan banjir beberapa hari lepas.

Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Zarondin Md Amin berkata jambatan itu dibina sepasukan lima pegawai dan 90 anggota dari 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (7 Skn RAJD) dan Batalion 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (16RAMD) yang berpangkalan di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini.

“Jambatan sementara yang dibina sepanjang 80 meter menggunakan dua set ‘Jetfloat’ dengan keseluruhan 1,600 unit platform yang boleh terapung dan khas untuk pejalan kaki sahaja.

“‘Jetfloat’ ini sesuai digunakan dalam pelbagai iklim dan mampu menahan angin kencang dan gelombang air yang tinggi, selain dapat menampung beban sehingga 30 tan,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata pembinaan jambatan sementara itu yang diketuai Pegawai Memerintah 7 Skn RAJD Mej Mohd Salim Mohamad bermula pukul 10 pagi ini dan dijangka siap sepenuhnya 10 pagi esok.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Pemberian, Zulkifli Omar berkata pembinaan jambatan itu akan memberi kemudahan kepada hampir 2,000 penduduk. – BERNAMA

Tags: ATMmangsa banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

Kerajaan Johor Akan Terus Beri Kerjasama Kepada ATM – Onn Hafiz

26/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan terus memberikan sokongan dan kerjasama sewajarnya kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd