• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahukan Adik, Anak Sulung Suruh Rita Rudaini Kahwin Lagi

oleh AK-47
01/01/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERNAH gagal dalam dua perkahwinannya terdahulu, membuatkan hati aktres jelita Rita Rudaini serik dan tertutup untuk berkahwin.

Bagaimanapun, ibu tunggal kepada dua cahaya mata akui sebagai hamba Allah, dia tidak boleh menolak takdir sekiranya dia akan berkahwin lagi.

rita

“Bagaimanapun jika ALLAH sudah takdirkan saya akan berkahwin lagi, saya akan terimanya asalkan lelaki itu boleh terima saya dan anak-anak.

“Yang penting juga lelaki itu boleh menyayangi anak-anak saya lebih daripada dirinya dan dapat membimbing kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita mendedahkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 6; pernah meminta dirinya untuk berkahwin lagi.

4

Menurut Rita, dia tidak menyangka anaknya akan bercakap sedemikian dan dalam masa yang sama berasa sebak dengan permintaan itu

“Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu.

“Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian.

“Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain.

“Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rita baharu sahaja melancarkan produk minyak wangi terbaharunya, Adorable by Rita Rudaini. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=iiokRfRo9I4]

Tags: Rita Rudaini
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Anak Rita Kena Buli, Seluar Dilondeh

23/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin dibuli di sekolah gara-gara tidak melawan....

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

31/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd