• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti Mangsa Rentung Kemalangan Dekat Yong Peng Belum Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Identiti individu rentung selepas kereta jenis Perodua Myvi dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di Kilometer 124.5, Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Yong Peng, malam tadi, masih belum dikenal pasti. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Mender Singh berkata dokumen pengenalan mangsa hangus bersama keretanya menyebabkan polis masih belum dapat mengenal pasti indentiti sebenar mangsa.

“Kita sedang  melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan usaha mengesan identiti mangsa termasuk menghubungi keluarga mangsa berdasarkan nombor casis enjin kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, untuk bedah siasat, manakala semua 20 penumpang bas termasuk pemandu tidak mengalami kecederaan.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dari lorong kecemasan masuk ke lorong kiri dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang maut dan 20 penumpang berjaya diselamatkan dalam satu kejadian yang berlaku pada pukul 8.55 malam tadi itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautrentung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd