• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 2 Cedera Dalam Nahas Di Bachok

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Dua remaja dan seorang kanak-kanak terbunuh manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Tok Burung di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata mangsa yang terbunuh ialah penunggang motosikal Mohd Syahir Rajani, 14, dan pemboncengnya Ahmad Isyraf Hazim Ismail, 5, serta penunggang sebuah lagi motosikal Nik Hanzallah Nik Hassan, 19.

Dua mangsa yang parah ialah Syahwi Zarfan Sairi, 7, yang membonceng motosikal yang ditunggang Mohd Syahir manakala seorang lagi Lukman Hakim Abu Manaf, 18, yang menaiki motosikal yang ditunggang oleh Nik Hanzallah.

Abdul Hamid berkata dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, motosikal yang ditunggang oleh Nik Hanzallah dari Perupok di sini dan menghala ke Bachok bertembung dengan motosikal yang ditunggang Mohd Syahir yang datang dari arah bertentangan.

Katanya kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan.

Bapa kepada Ahmad Isyraf Hazim, Ismail Yusof, 45, berkata ketika kejadian anaknya dan dua orang sepupunya iaitu Mohd Syahir dan Syahwi Zarfan sedang bersiar-siar di kampung berkenaan dengan menaiki motosikal.

Ismail yang juga pensyarah sebuah kolej komuniti di Tawau, Sabah berkata keluarganya pulang ke kampung sempena cuti persekolahan dan sepatutnya pulang ke Tawau hari ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd