• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Semakan Semula Bajet 2016 Pada Masa Ini

oleh Ahmad Albab
30/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan tidak berhasrat melakukan sebarang semakan semula terhadap Bajet 2016 pada masa sekarang biarpun berlakunya penurunan harga minyak mentah global, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan akan terus memantau pergerakan harga bahan api itu pada suku pertama tahun depan sebelum membuat sebarang keputusan selanjutnya.

“Sewaktu bajet berkenaan disediakan, harga minyak mentah adalah US$48 setong dan ia kini turun kepada US$36 setong.

“Impaknya terhadap pendapatan kerajaan masih lagi memadai dan kita tidak melihat sebarang keperluan untuk melakukan semakan semula bajet itu sekarang,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian cabutan bulanan, mingguan dan tempatan SSP Bank Simpanan Nasional, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, sekiranya harga minyak mentah jatuh ke paras di bawah US$30 setong, kerajaan akan mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan untuk diselaraskan dengan bajet berkenaan.

Selain itu, mengenai kemungkinan melaksanakan langkah pelarasan harga petrol kepada mingguan berbanding bulanan ketika ini, beliau berkata kerajaan bersikap terbuka terhadap cadangan itu selagi ia tidak membebankan rakyat.

Malah, katanya, Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) dijadualkan mengemukakan cadangan mengenai perkara itu kepada kementerian minggu depan untuk dipertimbangkan.

“Kita tidak melihat sebarang masalah melakukan pelarasan secara mingguan tetapi syarikat minyak dan gas serta pihak pengusaha stesen minyak juga perlu tampil (memberi pandangan mereka),” katanya.

Johari berkata, mekanisme pelarasan harga bahan api itu secara mingguan akan menyebabkan pergerakan harga petrol di stesen minyak lebih terarah kepada pasaran semasa dan sebarang perubahannya juga tidak terlalu drastik. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016kementerian kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd