• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasutan: 5 Jan Dengar Permohanan Pensyarah Di Mahkamah Tinngi

oleh Ahmad Albab
29/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 5 Jan untuk mendengar permohonan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom supaya perbicaraan kes hasutannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Penolong Kanan Pendaftar Asfahani Hamzah menetapkan tarikh itu selepas kes itu disebut di dalam kamarnya dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie dan peguam Gobind Singh Deo, mewakili Azmi.

Gobind Singh, kemudiannya memberitahu pemberita bahawa Mahkamah Tinggi lebih sesuai untuk mendengar dan menentukan persoalan undang-undang berkaitan permohonannya bagi Mahkamah Tinggi mendengar kesnya.

“Kami bimbang dengan hakikat bahawa jika dibicarakan di Mahkamah Sesyen, hak Azmi untuk merayu akan berakhir di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Pada 16 Dis lepas, Hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan Azmi untuk menangguhkan perbicaraan kesnya di mahkamah itu dan menetapkan 8 Jan untuk perbicaraan.

Azmi, 46, didakwa menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk ‘Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told’, di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Jalan Hang Tuah di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.

Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, juga didakwa terhadap pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahPensyarah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat

Pensyarah Hilang Ketika Menyelam Di Pulau Tioman Ditemukan Selamat

29/06/2025
0

KUANTAN: Seorang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Chebeh,...

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

UM, Pihak Berkuasa Siasat Dakwaan Pensyarah Lakukan Gangguan Seksual – KPT

21/12/2024
0

Putrajaya: Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd