• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sazali Enggan Diganggu, Mahu Tenangkan Fikiran Dahulu

oleh Ahmad Albab
02/01/2016
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas seminggu dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun, jaguh bina badan negara Sazali Samad masih belum memutuskan sama ada untuk membuat rayuan atau tidak berhubung kegagalan ujian dopingnya.

Sazali, 48, dikenakan hukuman gantung empat tahun bermula 22 Sept lepas iaitu tarikh keputusan ujian berkenaan didapati positif.

Ketika dihubungi Bernama, atlet itu berkata beliau masih memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan yang tepat mengenai rayuan penggantungannya.

Beliau diberikan tempoh selama tiga minggu bermula hari hukuman tersebut dijatuhkan iaitu pada 21 Dis lepas sehingga 10 Jan tahun hadapan untuk mengemukan rayuan kepada Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM).

“Saya masih fikirkan lagi,” katanya ringkas dan menegaskan beliau tidak mahu diganggu dan minta diberikan masa untuk menenangkan fikiran setelah melalui detik hitam dalam karier bina badannya.

Sazali sebelum ini menerima keputusan tersebut tanpa bantahan dan atlet itu juga tidak berhasrat membuka ujian sampel B.

PBBM menerusi Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) melakukan ujian doping pada 1 Sept lepas sebelum kontinjen negara berlepas ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia Ke-49 dari 29 Sept hingga 5 Okt.

Untuk rekod, Sazali tidak pernah terkecuali melakukan ujian doping bersama Adamas dan setiap tahun beliau akan diuji sekurang-kurangnya dua kali sebelum menyertai Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia.

Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).

Beliau yang digelar ‘Orang Besi Malaysia’ juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014. – BERNAMA

Tags: bina badanSazali Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Bina Badan 55 Tahun Seiras Master Roshi!

24/02/2019
0

SEORANG ahli bina badan kelahiran Vietnam berusia 55 tahun digelar sebagai 'Master Roshi' kerana dirinya yang iras seperti karakter dalam...

Buda Anchah Azam Raih Pingat Emas Di Seoul Tahun Hadapan

18/12/2018
0

KUCHING - Atlet bina badan negara, Buda Anchah, 46, berazam untuk meraih pingat emas dalam kejohanan bina badan di Seoul,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd