• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beijing Berang Aktivis Filipina Berkhemah Di Kepulauan Spratly

oleh Ahmad Albab
29/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beijing – Kerajaan China semalam berang dengan tindakan sekumpulan aktivis Filipina yang mendarat dan berkhemah di sebuah pulau di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Kira-kira 50 aktivis yang majoritinya pelajar tiba di pulau Thitu di kepulauan Spratly pada Sabtu lalu sebagai simbolik membantah tuntutan Beijing terhadap pulau berkenaan.

Kumpulan itu yang diketuai seorang bekas tentera laut merancang berkhemah di pulau yang dikenali penduduk Filipina sebagai Pagasa selama tiga hari.

China menuntut sebahagian besar wilayah di Laut China Selatan yang kaya dengan sumber asli walaupun beberapa negara termasuk Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia turut menuntut beberapa kawasan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, Beijing sangat tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan berkenaan.

Kang juga sekali lagi menegaskan, hak China terhadap semua wilayah di kepulauan Spratly tidak boleh dipertikaikan walaupun pulau Thitu kini dikuasai Filipina.

“Kami sekali lagi mendesak Filipina mengundurkan askar dan kemudahannya dari pulau berkenaan yang diduduki secara haram.

“Kerajaan Filipina juga mesti menahan tindakan yang boleh menjejaskan keamanan dan ke stabilan serantau serta hubungan kedua-dua negara,” katanya. – Reuters/myMetro Online

Tags: BeijingFilipina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd