• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKRAM Kecam DAP Utamakan Hak Asasi Atlet Israel

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kesal dengan kenyataan Setiausaha Pemuda DAP Perak, Chong Zhe Min mengecam tindakan kerajaan menafikan permohonan visa dua atlet perahu layar Israel.

Pengerusi Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagatnya, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, tindakan pemimpin DAP membela hak asasi dua atlet Israel terbabit sangat mendukacitakan kerana jutaan rakyat Palestin dinafikan pelbagai hak asasi mereka oleh Israel.

“IKRAM juga kesal dengan tuduhan beliau bahawa tindakan kerajaan diambil berdasarkan sentimen politik dan kecenderungan peribadi.

“IKRAM menyokong penuh tindakan kerajaan memastikan Malaysia kekal tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hafidzi berkata, IKRAM mengecam sebarang usaha normalisasi hubungan Malaysia-Israel dalam apa bentuk sama ada dari sudut politik, ekonomi, akademik, sukan kebudayaan dan sebagainya.

Beliau turut menyeru semua pihak menyokong inisiatif ‘Boycott, Divestment and Sanctions (BDS)’ yang dikempenkan di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Israel agar akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghentikan penjajahan, kepungan serta dasar aparteidnya ke atas rakyat Palestin.

“IKRAM sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menyeru semua pihak yang cintakan keadilan dan keamanan menyokong perjuangan mereka,” katanya.- Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]_-5Msb54uEM[/wpdevart_youtube]

Tags: DAPIKRAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd