• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Kemasukan Pelayar Israel Tak Jejas Reputasi Malaysia

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kejayaan Malaysia menarik jumlah penyertaan paling ramai dalam Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF) di sini membuktikan reputasi negara tidak terjejas biarpun telah menolak permohonan visa dua pelayar Israel ke kejohanan itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kejohanan itu berjaya menarik seramai 433 orang pelayar dari 80 buah negara yang setakat ini berpuas hati dengan tahap penganjuran Malaysia.

“Hari ini kita tengok semua gembira, berpuas hati dengan penganjuran Malaysia. Tak ada pun yang disebut oleh wakil World Sailing (ISAF) kepada saya pun berkenaan isu itu sebab mereka tahu dasar kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan itu malam ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan tidak membenarkan Yoav Omer dan Noy Drihan memasuki Malaysia baru-baru ini untuk menyertai kejohanan itu yang akan bermula esok.

Khairy berkata keputusan itu bukan dibuat oleh beliau tetapi diputuskan Kabinet menurut dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Khairy berkata beliau tidak boleh menghalang ISAF untuk menjalankan siasatan berhubung keputusan Malaysia itu namun persekutuan dunia itu sudah dimaklumkan berkenaan pendirian negara tentang penglibatan Israel dalam mana-mana kejohanan dunia yang dianjurkannya.

“Bila kita mendapat apa sahaja hak penganjuran, mereka sudah maklum kita ada dasar tertentu dan kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut (Israel) dan itulah satu daripada pertimbangan yang perlu dibuat oleh mana-mana persatuan dunia yang mahu memberi hak penganjuran kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden ISAF Chris Atkins yang turut berucap dalam majlis perasmian itu, berkata kejohanan tahun ini merupakan yang terbesar pernah dicatatkan berdasarkan jumlah pelayar dan negara yang menyertainya.

Katanya kejayaan yang dicapai ini adalah hasil daripada komitmen yang ditunjukkan oleh pelayar-pelayar yang mengambil bahagian dan usaha keras Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) bagi memastikan kelancaran kejohanan ini.

“Kejohanan ini akan menjadi permulaan bagi perjalanan pelayar muda ini menuju Olimpik 2020 dan sebab itulah kami menggelarkan kejohanan ini sebagai satu permata,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]SN02hNZ5Q00[/wpdevart_youtube]

Tags: IsraelKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd