• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Guru Agama Sultan Johor Meninggal Dunia Petang Tadi

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas guru agama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Datuk Abdul Kadir Annuar meninggal dunia petang tadi di rumahnya di Larkin Jaya, dekat sini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Samiah Mohd Said, 75, serta lima orang anak perempuan dan 21 orang cucu, meninggal dunia pada 5.10 petang tadi akibat radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

Abdul Kadir, 82, yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri selama dua penggal (1991-1999), pernah mengajar Sultan Ibrahim di sekolah Agama Bukit Zaharah.

Anak Allahyarham, Radziah Abdul Kadir, 43, berkata bapanya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah menggunakan ambulans yang diuruskan khas oleh Sultan Johor pada Sabtu lalu pada 1 tengah hari berikutan kesihatannya yang semakin merosot.

Beliau berkata Sultan Johor yang menziarahi bapanya pada hari sama, menyuarakan kebimbangan baginda mengenai kesihatan Abdul Kadir lalu segera menguruskan ambulans dan doktor peribadinya supaya merawat guru agama baginda.

“Penyakit ayah hanya diketahui setelah mendapat pengesahan daripada doktor peribadi Sultan Ibrahim kerana sebelum ini ayah tidak disahkan menghidap apa-apa jenis penyakit,” kata Radziah kepada pemberita di rumah Allahyarham, di sini petang tadi.

Setelah diberitahu oleh doktor yang ayahnya sudah tidak ada harapan, bekalan oksigen dihentikan kira-kira 3.30 petang tadi atas nasihat doktor sebelum membawanya pulang ke rumah, katanya.

Beliau berkata jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin Jaya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh 10 pagi esok. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WIB-u_VJmRU[/wpdevart_youtube]

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd