• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Bom Nekad Gegar Lapangan Terbang Kabul

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KABUL – Satu letupan kuat menggegarkan Kabul awal pagi ini dalam kejadian sebuah jalan berhampiran lapangan terbang yang mengorbankan sekurang-kurangnya seorang orang awam manakala empat lagi cedera.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan letupan berlaku selepas kenderaan yang penuh dengan bahan letupan, diletupkan oleh pengebom nekad di Hawa Shinasi, bahagian timur Lapangan Terbang Hamid Karzai.

Serangan senjata api bertalu-talu dilepaskan penyerang selepas kejadian itu.

Setakat ini, tiada kumpulan yang tampil mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu yang dipercayai oleh militan Taliban yang semakin meningkatkan serangan ke atas sasaran warga asing dan kerajaan.

“Letupan berlaku berdekatan lapangan terbang Kabul…kami masih lagi mengumpulkan maklumat lebih jelas,” kata Timbalan Ketua Polis Kabul, Gul Agha Rohani.

Letupan hari ini berlaku hampir tiga minggu selepas serangan bunuh diri yang diselaraskan dengan misi diplomatik dekat sini, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh.

Militan bersenjata antikerajaan turut melancarkan tiga roket ke atas bandar Kabul, minggu lalu yang mendarat di beberapa bahagian di bandar ini termasuk Pashtunistan Waat, berhampiran kawasan bangunan kementerian. – AFP

[wpdevart_youtube]eoUoFsSjHMg[/wpdevart_youtube]

Tags: serangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd