• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

41 Maut Puting Beliung Landa Amerika Syarikat

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALLAS – Ribut petir melanda selatan dan tengah Amerika Syarikat (AS) sepanjang cuti Krismas yang membawa kepada banjir kilat dan puting beliung, menggorbankan sekurang-kurangnya 41 nyawa dan berjuta penumpang terkandas.

Seramai 11 orang dilaporkan terbunuh di Dallas sepanjang hujung minggu akibat puting beliung termasuk satu kes di mana angin dilaporkan bertiup selaju 322 kilometer sejam.

Puting beliung turut melanda Bandaraya Garland, menggorbankan lapan nyawa dengan beberapa kenderaan tercampak dari lebuh raya.

“Puting beliung dengan kelajuan seperti itu amat jarang berlaku di kawasan metropolitan,” kata pakar meteorologi Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan, Matt Bishop.

Kematian lain turut dilaporkan di kawasan metropolitan Dallas, bandar raya keempat paling sesak di AS yang dihuni lebih tujuh juta penduduk.

“Ramai lagi dilaporkan cedera di wilayah berkenaan. Ia satu kemusnahan yang teruk,” kata jurucakap polis Garland, Lt Pedro Barineau.

Di Illinois, tiga dewasa dan dua kanak-kanak dilaporkan mati lemas selepas kereta yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras pada malam Sabtu di perkampungan Patoka, kira-kira 137 kilometer di timur St. Louis.

Ribut petir yang melanda wilayah itu dua hari sebelum sambutan Hari Krismas sudah mengorbankan 18 orang, termasuk 10 di Mississippi.

Menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan AS, lima kejadian puting beliung dilaporkan di Texas dan satu di Oklahoma pada Sabtu.

Gabenor Texas, Greg Abbott mengisytiharkan Dallas County dan tiga lagi daerah berdekatan sebagai kawasan bencana.

Pihak berkuasa turut melaporkan, lebih 1,100 penerbangan terpaksa dibatalkan dengan 25, 000 penduduk di Texas bergelap berikutan terputus bekalan elektrik. – mStar

[wpdevart_youtube]HySQcgJSqc4[/wpdevart_youtube]

Tags: puting beliung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Puting Beliung Disebabkan Ribut Petir

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Puting beliung berlaku disebabkan pertembungan angin yang boleh menjana pusaran angin pada awal pembentukan ribut petir. Pakar Klimatologi,...

Korban Puting Beliung Di Kentucky, AS Mungkin Cecah 100 Orang

12/12/2021
0

ANKARA: Angka korban akibat puting beliung yang melanda Kentucky, Amerika Syarikat mungkin meragut sehingga 100 nyawa, kata gabenor negeri itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd