• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sasar Kedatangan 30.5 Juta Pelancong

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan menyasarkan kedatangan pelancong seramai 30.5 juta orang yang menyumbang kira-kira RM103 bilion kepada pendapatan negara tahun depan, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata sasaran berkenaan diyakini mampu dicapai menerusi pelbagai program dan acara tahunan termasuk Majlis Rumah Terbuka Malaysia yang dianjurkan bagi menyemarakkan acara pelancongan dan kebudayaan di negara ini.

“Bidang pelancongan dan kebudayaan kini semakin berkembang dengan berasaskan kepelbagaian bidang seperti pelancongan kesihatan, pendidikan dan sebagainya namun tarikan pelancong adalah kepada destinasi yang menarik dan bersejarah serta adat dan budaya sesebuah negara itu.

“Bagi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia majlis ini bukan sahaja menjadi acara tahunan bagi sambutan perayaan Krismas dan tahun baharu 2016 tetapi juga dapat menyemarakkan lagi industri pelancongan dan kebudayaan khususnya di negeri Melaka,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2015 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir di sini, Ahad.

Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata keunikan dan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia telah merealisasikan kempen Malaysia Year of Festivals 2015 atau MyFEST2015 pada tahun ini yang bertemakan ‘Endless Celebrations’.

“Kempen ini bertujuan menonjolkan dan meraikan kepelbagaian budaya dan kepelbagaian yang banyak terdapat di negara ini sebagai tarikan kepada pelancong,” katanya.

Beliau berkata kempen tersebut juga akan terus meningkatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan dan kebudayaan negara sebagaimana kejayaan yang dicapai sepanjang tahun pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sementara itu, Idris berkata sehingga Okt tahun ini negeri Melaka telah berjaya merekodkan kedatangan pelancong berjumlah 12.5 juta dan ia dijangka terus meningkat menjelang hujung tahun ini.

“Semalam saya menerima laporan tidak lebih 435,000 pelancong berkunjung ke Melaka dalam tempoh dua minggu ini.

Saya yakin dan percaya perancangan dan aktiviti termasuklah Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas ini, negeri Melaka bakal berjaya mencapai sasarannya iaitu menarik seramai 16 juta pelancong pada tahun ini,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PglXaztJSqk[/wpdevart_youtube]

Tags: Pelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

Ramai Peserta Rain Rave 2026 Pelancong Atau Pekerja Asing?

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Aktivis dakwah, Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan beberapa persoalan kritikal berhubung penganjuran acara Rain Rave 2026 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd