• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Blocks: Jam Tangan Pintar Modular Pertama Di Dunia

oleh AK-47
28/12/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

BLOCKS merupakan jam tangan pintar modular pertama di dunia di mana beberapa komponen yang terdapat pada jam tangan tersebut boleh ditukar ganti mengikut keperluan pemakai.

Sebagai contoh, sekiranya jam kehabisan bateri, komponen bateri boleh ditanggalkan dan digantikan dengan komponen baru.

Tidak perlu menanti jam tangan dicas sebelum boleh dipakai seperti jam tangan pintar yang lain.

Jika anda tidak mahu jam pintar dengan kamera, komponen sensor kamera boleh dipasang dengan mudah.

Mahukan jam pintar lebih tahan lasak? Gantikan skrin sesentuh dengan skrin biasa dengan kaca Gorilla.

Blocks masih lagi di dalam peringkat konsep dan disasarkan akan memasuki pasaran pada penghujung 2015 di mana ia masih mengumpul dana awam di laman Kickstarter.

blocks-watch-designboom-01-818x471

blocks-2

Ia mempunyai skrin bulat 1.5″ dengan resolusi 360×360 pixel, diperkasakan pemproses Snapdragon 400, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 5 Gigabyte.

Sistem operasi Android Wear digunakan kerana ianya platform jam tangan pintar yang popular.

Model asas Block dengan 4 modul yang dipilih sendiri pengguna dijual pada harga seutas bermula dari AS$285 (~RM1300)

Antara modul yang ditawarkan ialah GPS, SIM, barometer, NFC, notifikasi LED, pengimbas cap jari, kamera, pengimbas tahap tekanan tubuh, pembaca kualiti udara dan memori dalaman tambahan.

Konsep kini sudah semakin hampir akan menjadi realiti. Sekiranya anda mahukan jam tangan pintar yang boleh diubahsuai mengikut keperluan peribadi inilah satu-satunya yang menawarkannya setakat ini.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Blocks

Tags: jam pintarkreatif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Bunyi Alat Muzik Dalam Sebuah Piano Lama

02/03/2019
0

KIEV - Sebuah kumpulan rock dari Ukraine mempunyai daya kreativiti yang tinggi apabila berjaya mencipta 20 bunyi alat muzik dalam...

China Hasilkan Telefon, Tablet Boleh Lentur

23/02/2019
0

LONDON - Sebuah syarikat barangan elektronik konsumer China, TCL Corporation (TCL) sedang menghasilkan sebuah telefon pintar yang boleh dilenturkan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd