• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Penerbangan Di ISGIA Berjalan Seperti Biasa – MAHB

oleh Ahmad Albab
26/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA) dan kawasan sekitarnya kekal pada tahap tinggi berikutan satu letupan di lapangan terbang berkenaan pada 23 Disember lepas, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengendali lapangan terbang itu berkata, keselamatan di perimeter lapangan terbang itu dinilai dan diluluskan pihak berkuasa Turki untuk operasi disambung semula dalam masa secepat mungkin.

“Pihak berkuasa Turki sedang menyiasat kejadian itu dan Malaysia Airports sedang menunggu laporan rasmi daripada mereka.

“Saluran komunikasi rasmi diwujudkan kerajaan Turki ialah Pejabat Gabenor Istanbul,” katanya dalam satu kenyataan.

MAHB berkata, lapangan terbang itu beroperasi semula seperti biasa pada jam 4 pagi 23 Disember, dua jam selepas letupan, kerana kerosakan infrastruktur lapangan itu minimum dan tidak menjejaskan sebarang kedudukan parkir 78 pesawat.

Katanya, ia akan membuat pengumuman lanjut apabila lebih banyak maklumat dikeluarkan oleh saluran komunikasi rasmi Turki.

Pada 24 Disember, ISGIA mencatat sejumlah 544 pergerakan trafik udara dan 76,367 pergerakan trafik penumpang.

“Ketibaan dan perlepasan semua penerbangan berjalan mengikut jadual dengan tidak ada pembatalan.

“Jumlah penumpang bergerak melalui ISGIA adalah pada volum normal dengan 27,308 pergerakan penumpang domestik dan 49,059 antarabangsa dicatat sepanjang hari pada 24 Disember,” kata MAHB. – BERNAMA

Tags: MAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji Dan Lepas’ Program VTL Udara Mulai 16 Mac

15/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd