LONDON – Presiden Amerika Syarkat (AS), Barack Obama terpilih sebagai pemimpin paling popular di dunia.
Kajian dijalankan di 65 negara dan membabitkan 64,000 orang untuk menyenaraikan ‘Indeks Pemimpin Antarabangsa’ menunjukkan 59 peratus responden memilih beliau sementara 29 peratus tidak menyukainya.
“Presiden Obama jelas disukai di seluruh dunia berbanding pemimpin lain,†menurut WIN/Gallup yang menjalankan kajian itu.
Obama disusuli oleh Canselor Jerman, Angela Merkel manakala Perdana Menteri Britain, David Cameron pula menduduki tempat ketiga dengan undian yang paling banyak diperoleh daripada responden di Asia.
Turut tersenarai ialah Presiden Perancis, Francois Hollande yang menduduki tangga keempat, diikuti oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Presiden China Xi Jinping pula berada di tangga keenam sementara Perdana Menteri India, Narendra Modi, ketujuh.
Pemimpin dunia kelapan paling popular ialah Presiden Brazil, Dilma Roussef, diikuti oleh Raja Salman dari Arab Saudi dan Presiden Iran, Hassan Rouhani. – Agensi/myMetro Online
