• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Tetap Bela Nasib Kaum Siam Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan masyarakat minoriti Siam di Kelantan akan terus dibela berikutan sokongan padu yang diberi kepada Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

Beliau menarik perhatian bahawa sokongan masyarakat Siam kepada BN pada pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor 25 Sept lalu membuktikan mereka tetap setia kepada kerajaan BN.

“Antara faktor kemenangan BN di Pengkalan Kubor adalah sokongan luar biasa masyarakat Siam, kita akan terus bantu masyarakat Siam di sini dan tempat lain di Kelantan,” katanya dalam ucapan di hadapan kira-kira 2,000 anggota masyarakat Siam di sini hari ini.

Najib berkata sebagai tanda penghargaan atas sokongan masyarakat Siam, kerajaan BN meluluskan peruntukan RM1 juta bagi pembinaan dewan komuniti untuk komuniti itu di Pengkalan Kubor.

Menurut perdana menteri, sebagai menghargai sokongan dan jasa masyarakat Siam di Kelantan, beliau akan datang semula ke negeri itu untuk meraikan mereka pada satu majlis khas.

Terdapat kira-kira 25,000 anggota masyarakat Siam di Kelantan serta 1,728 pengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor.

Daripada jumlah itu, 90 peratus pengundi menyokong BN pada PRK Pengkalan Kubor.

Dalam PRK itu, BN yang diwakili Mat Razi Mat Ail mengekalkan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti 2,635 undi mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. – BERNAMA

Tags: BNNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

Adakah PMX Akan Ulangi Dakwaan ‘Sakau’ Di Melaka Jika PH-BN Bekerjasama?

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulangi dakwaan 'sakau' di Melaka sekiranya Pakatan Harapan (PH)...

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

PRN Melaka: BN Pilih PN Atau PH?

09/08/2026
0

MELAKA - Perkembangan politik semasa mennyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mengharapkan kerjasama Barisan Nasional (BN) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd