• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Ikan Paus Kelasa Mati Terdampar Di Labuan

oleh Ahmad Albab
24/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seekor anak ikan paus kelasa ditemui mati terdampar di pantai Kampung Sg Labu hari ini.

Para pegawai menganggarkan bahawa haiwan sepanjang 6.1 meter itu berusia kira-kira lebih setahun dan telah mati apabila ditemui terdampar di pantai.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Anuar Salam Sulaiman memberitahu Bernama punca kematian adalah tidak jelas dan laporan telah diserahkan kepada ibu pejabat Jabatan Perikanan di Putrajaya untuk siasatan terperinci.

“Tiada tanda-tanda trauma, seperti tanda kipas tetapi pasukan dari ibu pejabat akan menjalankan penyiasatan dengan memberi tumpuan kepada punca kematian, sama ada haiwan itu ditangkap atau terperangkap dalam jala atau dilanggar kapal pukat tunda,” katanya.

Anuar berkata, sampel haiwan itu juga akan diambil dalam siasatan untuk menentukan keluarga haiwan itu dan habitat asalnya.

“Ia terlalu muda untuk mati secara semula jadi. Ia amat mengejutkan dan sangat menyedihkan,” kata beliau.

Penduduk kampung menemui paus itu kira-kira 10 pagi tadi dan insiden itu menarik ramai penduduk kampung untuk melihat haiwan itu, dan ada sesetengah penduduk yang bergambar bersama bangkai haiwan itu.

Anuar berkata bangkai ikan paus itu akan ditanam esok di kawasan jauh dari pantai Kampung Sg Labu supaya ia tidak reput dengan cepat.

“Buat masa ini, sementara menunggu untuk pasukan bedah siasat dan pasukan menyiasat tiba, kami perlu menanam paus itu. Bangkainya akan akan digali semula untuk bedah siasat dijalankan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]L0SKetvXet4[/wpdevart_youtube]

Tags: Ikan Paus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd