• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Terima Tajaan RM5j Daripada Edra Global Energy

oleh Ahmad Albab
24/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bakal menerima tajaan berjumlah RM5 juta daripada Edra Global Energy Bhd (Edra), bagi memperkuat pasukan Melaka United dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Syarikat penjana dan pembekal tenaga elektrik itu akan menyuntik wang itu secara berperingkat iaitu RM3 juta pada tahun hadapan dan RM1 juta setahun untuk dua tahun berikutnya.

Ketua Pegawai Operasi Edra Mohd Nor Ali berkata tajaan itu merupakan penghargaan kepada kerajaan negeri dan penduduk Melaka yang banyak memberi peluang kepada syarikat itu menjalankan urusan dalam sektor perindustrian.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada pembangunan Melaka dalam sukan dan perniagaan, kita juga harapkan Melaka United lebih berjaya dan maju pada masa akan datang.

“Ini merupakan sumbangan pertama kami kepada persatuan bola sepak dan kita juga mengharapkan pasukan ini akan lebih melipat gandakan usaha untuk lebih maju seperti pasukan lain,” katanya kepada pemberita di sini.

Melaka United yang dibimbing jurulatih berpengalaman Mat Zan Mat Aris bakal bermain dalam saingan Liga Perdana tahun depan selepas menjuarai Liga FAM tahun ini.

Timbalan Presiden MUSA Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata jumlah itu merupakan antara tajaan terbesar yang pernah diterima pasukan itu.

Beliau berkata tajaan itu terus menjadi pencetus semangat kepada pasukan Melaka United untuk berusaha lebih kuat bagi memastikan kejayaan pasukan.

“Ini permulaan yang bagus untuk pasukan kerana dah mula mendapat kepercayaan syarikat besar. Mungkin sumbangan ini juga dapat membuka mata syarikat lain untuk sama-sama menaikkan lagi Melaka United, sekali gus mengembalikan zaman kegemilangannya,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WAQRGqQZCEs[/wpdevart_youtube]

Tags: Melaka United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd