• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sambutan Perayaan Krismas Di Brunei

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANDAR SRI BEGAWAN – Perayaan Krismas bakal disambut esok, tetapi tiada pokok dihiasi lampu berwarna-warni atau topi Santa Claus di Brunei selepas sambutan berkenaan diharamkan di negara itu.

Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun lalu menguatkuasakan Undang-Undang Islam dan mengharamkan perayaan agama lain di negara itu.

Pemimpin agama Islam di Brunei baru-baru ini memberi amaran perayaan Krismas diharamkan kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi orang Islam.

“Penggunaan simbol agama seperti salib, bakar lilin, hiasan pokok Krismas, nyanyian lagu keagamaan dan ucapan Krismas adalah bertentangan dengan ajaran Islam,” kata seorang pemimpin agama yang disiarkan di akhbar tempatan.

Baca: Puluhan Negara Tak Cuti Krismas, Tapi Hanya Brunei ‘Dihentam’!

Mereka yang didapati bersalah melanggar larangan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.

Pihak kerajaan juga memberi amaran, orang Islam boleh dikenakan tindakan jika didapati memakai pakaian atau topi seperti Santa Claus.

Walaupun orang Kristian boleh menyambut perayaan itu tetapi mereka tidak boleh melakukannya di tempat terbuka atau secara berlebihan.

Pasar raya, hotel dan premis perniagaan juga diberi amaran supaya tidak memasang hiasan Krismas di premis mereka. – AFP

[wpdevart_youtube]14sdCx-cHrI[/wpdevart_youtube]

Tags: krismas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Charles III Berkongsi Kad Pertama Krismas Selepas Naik Takhta

Raja Charles III Berkongsi Kad Pertama Krismas Selepas Naik Takhta

13/12/2022
0

LONDON: Keluarga diraja Britain berkongsi kad ucapan sempena Krismas yang menampilkan wajah Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camelia, lapor...

Majlis Ulama Larang Umat Islam Ucap ‘Selamat Hari Krismas’

15/12/2021
0

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Utara melarang umat Islam mengucapkan ‘Selamat Hari Krismas’ kepada penganut Kristian yang menyambutnya. CNN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd