• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ali Tinju Dibebas Dengan Jaminan Polis

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Veteran tentera Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju yang ditahan reman sejak semalam dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Habibi Majinji berkata pihaknya telah merakam keterangan daripada Mohd Ali, 44, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan di Kompleks Kota Raya di sini.

“Mohd Ali yang ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan dibebaskan hari ini,” katanya kepada Bernama.

Ahad lalu sekumpulan individu dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah itu dan klip video pergaduhan itu yang berdurasi dua minit 30 saat telah dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit dengan ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan.

Seorang lagi daripada 14 suspek yang diburu berhubung pergaduhan berkenaan berjaya ditahan semalam menjadikan suspek yang ditahan setakat ini dua orang.

Habibi berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan dirumahnya di Kampung Sungai Mulia, Setapak di sini kira-kira pukul 8 malam semalam dan dia ditahan reman dua hari mulai hari ini.

Sementara suspek yang ditahan pada hari kejadian telah dituduh di Mahkamah Majistret pagi ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah sementara 13 lagi suspek masih diburu, katanya.

Sementara itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini, penjaga parkir Khairuddin Arbi @ Omar, 38, telah dihukum penjara empat hari dan denda RM1,800 setelah mengaku bersalah mengugut lima jurujual kedai telefon. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]vwsXhj4-jYs[/wpdevart_youtube]

Tags: Ali Tinju
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasutan: Gerakan Merah Gesa Tun M, Pembangkang Disiasat

21/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa siasatan dibuat terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa...

Polis Siasat Maria Chin, Ali Tinju – Khalid

19/09/2016
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd