• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Umum 16 Jenis Barangan Harga Terkawal Sempena Krismas

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memasukkan beberapa lagi barangan sebagai tambahan kepada 16 jenis barangan harga terkawal untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015, bermula hari ini dan berakhir pada 27 Dis 2015.

Barangan itu adalah kepak ayam, daging babi (perut), daging babi (daging dan lemak) serta babi hidup (kawalan peringkat ladang sahaja) dan hanya melibatkan keperluan penduduk di Sarawak, Sabah dan Labuan, khususnya bagi mereka yang menyambut perayaan Krismas.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata pertambahan jumlah barangan itu dibuat berikutan permintaan tinggi daripada masyarakat setempat yang merupakan barangan keperluan bagi sambutan perayaan Krismas.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2015 peringkat kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata daging kambing tempatan bertulang digugurkan daripada senarai di seluruh Sarawak, Sabah dan Labuan kerana tidak mendapat permintaan tinggi semasa menyambut perayaan itu.

Kategori 16 barangan terkawal ini terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, kambing serta babi dan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Ahmad Bashah berkata penentuan harga barangan dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan setelah mendapat pandangan daripada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan pengguna, pihak industri serta agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

“Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakannnya dengan barangan lain,” katanya.

Beliau berkata terdapat lebih 23,000 pegawai penguat kuasa kementerian, termasuk seramai 193 orang di seluruh Sarawak, akan membuat pemeriksaan di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar raya.

“Ini adalah tindakan berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan untung berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]uAkGH65JWco[/wpdevart_youtube]

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd