• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Lemas Ditemui Di Kg Telok Gong, Melaka

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang anggota polis ditemui lemas selepas bot yang dinaiki bersama adik iparnya untuk menjala ikan pecah di perairan Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohd Ismail Muhammad Yusuf berkata mayat mangsa Lans Koperal Mohd Shamsul Surip, 33, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Mayat mangsa dijumpai di dalam terowong turbin sebuah stesen janakuasa di kawasan itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shamsul yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan keluar ke laut bersama Muhamad Muhaimin Othman, 26, yang berjaya menyelamatkan diri dan kini dirawat di Hospital Alor Gajah di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.18 malam dan tiba di tempat kejadian pada pukul 11.37 malam.

“Seramai 25 anggota bomba daripada balai bomba Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Jalan Kubu terlibat dalam operasi tersebut bersama anggota daripada agensi lain seperti polis dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam),” katanya.

Pengarah Operasi DM5 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Komander Maritim V Pannir Selvan Veloo berkata kawasan kejadian merupakan kawasan yang berbahaya untuk melakukan aktiviti menjala atau memancing.

“Air laut di kawasan itu disedut untuk kegunaan stesen janakuasa jadi nelayan tempatan di kawasan ini tahu kawasan ini berbahaya, mangsa bukan nelayan tetapi saya diberitahu mangsa hanya lalu di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kawasan kejadian terletak kira-kira 800 meter dari pantai.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]_9svzSHW5Mw[/wpdevart_youtube]

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd