• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti Air Di Kuantan Terjamin – KP Kesihatan

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan meminta penduduk Kuantan, Pahang tidak khuatir dengan kualiti air dari 10 loji rawatan air (LRA) yang membekalkan air di daerah berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, LRA berkenaan termasuk yang di Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh.

“Merujuk kepada persampelan parameter plumbum pada tahun 2015, setakat ini sebanyak 62 sampel air terawat yang dibekalkan oleh LRA Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh telah diambil.

“Sampel-sampel air dianalisa oleh Jabatan Kimia dan keputusan analisa menunjukkan bahawa semua sampel mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang ditetapkan oleh KKM iaitu 0.01mg/l,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar The New Strait Times (NST) pada 18 Disember lalu bertajuk `Toxins In Kuantan’s Treated Water’ yang menimbulkan keresahan orang ramai.

Noor Hisham turut menjelaskan, sebanyak 180 sampel air terawat daripada LRA yang sama telah dianalisa bagi parameter aluminium yang tidak dikategorikan sebagai logam berat.

Menurutnya, keputusan menunjukkan 89.6 peratus sampel tersebut mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.

“Secara keseluruhan, peratus pematuhan ini menunjukkan peratus penurunan pada pertengahan tahun namun meningkat 100 peratus pada Oktober dan November 2015,” katanya.

Katanya, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti air terawat yang dibekalkan oleh LRA terbabit dengan meningkatkan kekerapan dua kali setiap satu bulan bagi parameter plumbum dan empat kali setiap satu bulan bagi parameter aluminium.

“Jika sebarang ketidakpatuhan ke atas kualiti air minum dikesan, pihak pengurusan loji akan segera dimaklumkan untuk mengambil tindakan pemulihan yang sewajarnya.

“Pihak yang bertanggungjawab juga perlu memastikan kawasan tadahan air adalah terkawal supaya air mentah yang digunakan oleh LRA berada pada tahap baik,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]rnlrr7JdBLs[/wpdevart_youtube]

Tags: air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd