• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambak Laut: Gerakan Tuntut Penjelasan Kerajaan Negeri

oleh Ahmad Albab
21/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang baru mengumumkan kelulusan kerja tebus guna tanah bagi projek tambakan laut di Bayan Bay dekat sini pada bulan lepas sedangkan projek itu diluluskan sejak Mei lalu.

Setiausaha Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata menurut papan notis di tapak kerja projek tambakan laut di Bayan Bay itu, kerja tebus guna tanah tersebut telah diluluskan dan dibenarkan pada 15 Mei lalu.

“Adakah ini bermaksud sebelum pengumuman kerajaan negeri mengenai projek yang baru ini pada November lalu iaitu semasa sidang Dewan Undangan Negeri, kerja-kerja tambakan laut telah dijalankan secara senyap-senyap?,” katanya kepada pemberita di tapak kerja projek tersebut di Bayan Bay dekat sini hari ini.

Dalam sidang media itu juga, pihak Gerakan negeri turut meminta kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP memaklumkan bilakah permohonan kebenaran merancang diberi berhubung projek itu.

Menurut notis tersebut, cadangan kerja tanah seluas 5.6 hektar itu adalah bagi tujuan pembangunan rekreasi awam, antaranya mengandungi gelanggang bola keranjang serta trek sepanjang 250 meter.

Selain itu Ong berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk di sini sejak Sabtu lalu yang menyatakan bahawa mereka tidak tahu tentang kewujudan projek tersebut serta tidak menerima sebarang surat atau diminta hadir ke sebarang sesi dialog.

“Mereka berpendapat mungkin tiada perundingan awam bagi projek ini dan sebenarnya penduduk di sini bantah projek tambakan laut ini. Penduduk di sini menanya saya, bukankah projek ini telah dibatalkan sebelum PRU 13?

“Mereka masih ingat bahawa pada masa itu ketua menteri yang mengumumkan pembatalan projek ini, mengapa ia dihidupkan semula dalam masa dua tahun lebih ini?” tanya beliau. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jJXQipA8quk[/wpdevart_youtube]

Tags: Tambak Laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambak Laut Tak Jejas Keselamatan Negara

30/11/2021
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan...

Tidak Sokong Projek Tambak Laut Jika Rugikan Rakyat

27/08/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd