• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurujual, Pelanggan Telefon Bergaduh Di Kompleks Kota Raya

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekumpulan 20 orang lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini, pada Ahad.

Klip video pergaduhan itu, yang menyerupai rusuhan kaum di Plaza Low Yat baru-baru ini dan berdurasi dua minit 30 saat, telah dimuat naik menerusi laman popular YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki Melayu bergaduh dengan jurujual bukan Melayu di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membalingkan kerusi ke dalam kedai berkenaan.

Klip tersebut turut menunjukkan seorang lelaki berkemeja biru, dipercayai jurujual, terbaring di lantai sambil menutup mukanya dengan tangan.

Ketika dihubungi Bernama pada Isnin, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad mengesahkan pergaduhan itu berlaku pada 4.55 petang, Ahad.

“Kejadian itu masih lagi dalam siasatan,” kata beliau.

Media dalam talian melaporkan berikutan kejadian pergaduhan ganas itu, pihak pengurusan kompleks berkenaan terpaksa menutup sementara premis itu pada Isnin.

Baca: Mara Digital Dirasmi Wadah Peniaga IT Bumiputera

Juga: Mara Digital Mall Diperluas Di Setiap Negeri Mulai Tahun Depan

Baru-baru ini, sepasukan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyerbu sebuah kedai peralatan telekomunikasi di kompleks itu selepas seorang lelaki mengadu ditipu penjual di situ.

Berita ‘panas’ itu menggemparkan masyarakat apabila badan tersebut mendakwa ramai pelanggan Melayu menjadi mangsa dikurung dalam sebuah bilik kecil selepas ditipu kedai berkenaan.

Menjelang seminggu terakhir Ramadan lalu, insiden sama turut meletus di Plaza Low Yat, Bukit Bintang apabila sekumpulan remaja Melayu nekad menyerang sebuah kedai kerana mendakwa ditipu peniaga.

Rusuhan ganas itu mencetuskan idea pewujudan Mara Digital dalam usaha pihak kerajaan untuk menempatkan ramai usahawan bumiputera berniaga peralatan telekomunikasi di bawah satu bumbung.

Ini kerana monopoli bisnes itu yang dikuasai satu kaum tertentu menyebabkan timbul perasaan kurang senang selain usahawan Melayu sukar mendapat tempat strategik di ibu kota. – Agensi/Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]sAIedkQEPO4[/wpdevart_youtube]

Tags: low yatMara Digital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

‘Jaga PerantiSiswa, Jangan Jual Di Low Yat’

03/09/2022
0

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa agar menjaga sebaiknya tablet...

Mara Digital Mall Catat Jumlah Jualan RM37.7 Juta

14/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Mara Digital Mall mencatat jumlah jualan sebanyak RM37.7 juta setakat Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd