• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaki Dari Paras Lutut Ditemui Di Tebing Sungai

oleh Ahmad Albab
20/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Penduduk di sekitar Kuari Batu Kawan di sini gempar ekoran penemuan sebelah kaki manusia sehingga paras lutut yang hampir reput di tebing sungai di kawasan berkenaan petang semalam.

Kaki sebelah kanan itu ditemui pada pukul 4.30 petang oleh sekumpulan pemancing yang melalui kawasan tebing sungai berhampiran Jeti Batu Musang itu sebelum melaporkannya kepada polis.

Berikutan penemuan itu, penduduk dikatakan mula berasa panik, terkejut dan risau apabila ia dikaitkan dengan insiden pembunuhan bersiri membabitkan warga asing yang berlaku di negeri ini tahun lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, DSP Shariffudin Abdullah berkata hasil siasatan awal mendapati kaki manusia yang terdapat kesan gigitan haiwan liar itu tidak menjurus kepada kegiatan jenayah.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan kaki manusia yang ditemui bersama sehelai tuala itu adalah milik seorang remaja yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada awal pagi, lima hari lepas.

“Sebaik menerima maklumat mengenai penemuan ini, sekumpulan anggota polis termasuk unit forensik telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Polis turut menjalankan pencarian anggota tubuh badan manusia yang lain di di sekitar lokasi itu tetapi tidak menemui apa-apa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shariffudin berkata hasil pemeriksaan lanjut, polis percaya kaki itu adalah milik mangsa kemalangan yang kini dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Hasil maklumat terbaru itu polis kemudiannya telah berjumpa dengan waris mangsa kemalangan berusia 17 tahun dan mereka mengakui telah membuang kaki mangsa yang putus ke dalam sungai di Batu Kawan dengan membalutnya menggunakan tuala.

“Setakat ini kita yakin kaki itu adalah milik remaja terbabit dan pengecaman melalui cebisan tuala yang ditemui bersama kaki tersebut akan dibuat di HSJ esok oleh waris mangsa kemalangan berkenaan,” katanya.

Beliau juga menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi terhadap penemuan kaki itu kerana setakat ini ia disahkan tiada kaitan dengan jenayah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ZOISZPx26Jg[/wpdevart_youtube]

Tags: Kaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Cedera Di Kaki Terkena Tembakan

Lelaki Cedera Di Kaki Terkena Tembakan

27/04/2023
0

BACHOK: Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan semasa berada berhampiran sebuah bangsal di Kampung...

Kaki Dipercayai Milik Pendaki Dijumpai

16/05/2022
0

IPOH – Pasukan penyelamat menemukan tubuh manusia dipercayai milik pendaki yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan kepala air di Hutan Simpan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd