KUALA LUMPUR – Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menerima baik pengumuman Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen semalam.
SPAD dalam satu kenyataan media berkata, bajet itu secara keseluruhannya merupakan satu belanjawan holistik dan menyeluruh yang memberi penekanan kepada keutamaan rakyat.
“Daripada perspektif pengangkutan awam, perancangan dan langkah- angkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mentransformasikan pengangkutan awam darat.
“Dengan peruntukan pembangunan bagi beberapa projek infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam pasti meningkatkan kualiti perkhidmatan, meningkatkan mobiliti rakyat dan seterusnya meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam darat,” kata kenyataan itu.
Justeru, kata kenyataan itu, SPAD menyasarkan peratusan perkongsian mod menjelang tahun 2020 adalah 40 peratus.