• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Malaysia Maut Insiden Dandang Meletup Di Abu Dhabi

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang pekerja warga Malaysia berasal dari Besut terbunuh dalam kejadian sebuah dandang meletup di sebuah kilang plastik di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu.

Mohd. Shukri Sulaiman, 45; yang bekerja sebagai jurudandang dengan Al-Borouge Pte Company Limited sejak 2011 sedang melakukan pemeriksaan apabila sebuah daripada dandang berkenaan tiba-tiba meletup.

Adik mangsa, Faizol, 42, berkata keluarga mereka dimaklumkan mengenai kejadian malang yang menimpa abangnya itu oleh rakan abangnya yang bekerja di syarikat sama dan juga berasal dari Besut.

TR01_201215_GAMBAR-(Read-On
Mangsa letupan tangki produk berasaskan bahan plastik di Abu Dhabi, Arab Saudi , Mohd Shukri Sulaiman, 45 (belakang,kanan) awal Sabtu lalu, bergambar bersama isteri Azmahani Mamat (dua kanan belakang) dan empat anaknya ketika pulang bercuti baru-baru ini. – Foto BERNAMA

Ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Padang Landak di sini, pada Ahad, katanya rakan abangnya, Ahmad Syukkri Md. Nor, 33; memaklumkan kepada mereka pada kira-kira pukul 2 pagi Sabtu.

“Ahmad Syukkri memaklumkan yang beliau telah dengar letupan kuat pada pagi berkenaan (Sabtu) dan pergi ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa terbakar hampir keseluruhan badan berdekatan dengan dandang (boiler) di situ.”

Menurutnya, abangnya Saria, 52; dijangka berlepas ke Abu Dhabi pada Ahad untuk urusan mengenal pasti jenazah arwah dan urusan berkaitan.

Faizol berkata abangnya itu ialah anak keenam daripada 11 beradik dan arwah meninggalkan seorang isteri, Azmahani Mamat, 43, serta empat orang anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan berumur antara 14 dan 7 tahun yang tinggal di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Allahyarham pernah bertugas dengan Petronas di Kerteh, syarikat Grace di Kuantan, YTL di Paka, Malaysia Newsprint Industry (MNI) di Mentakab, Pahang dan Electric Suplly Board di Kulim, Kedah sebelum menyertai syarikat di UAE itu.

Sementara itu, ibu arwah Fatimah Ismail, 72; berkata beliau reda kerana apa yang terjadi adalah dengan kehendak Allah SWT.

Katanya, anaknya itu sempat bercuti dan balik selama seminggu pada 7 Disember serta telah membawanya bersama-sama dengan isteri dan anaknya bercuti di Kundasang, Sabah. – BERNAMA

Tags: Abu Dhabidandang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Maut, 120 Cedera Letupan Tong Gas Di Abu Dhabi

24/05/2022
0

ABU DHABI: Dua orang maut manakala 120 lagi cedera dalam satu kejadian letupan silinder gas di sebuah restoran di ibu...

Indonesia Dapat Pelaburan RM134.5 Bilion, Satu Sen Tak Masuk Malaysia

24/03/2021
0

DARI FB NAJIB HARI ini, negara UAE umum pelaburan US$10 bilion (RM41 bilion) kepada Indonesia. Ini berikutan pelaburan RM93.5 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd