• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kembangkan Silat Ke Persada Antarabangsa – Ali Rustam

oleh Ahmad Albab
20/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Tan Sri Mohd Ali Rustam hari ini menggesa persatuan-persatuan silat supaya mengembangkan seni mempertahankan diri orang Melayu itu ke persada antarbangsa.

Beliau berkata ia selaras dengan seruan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu pada Perhimpunan Silat Pesaka Merdeka 2015 di Dataran Merdeka pada 18 Sept lepas.

“Perdana Menteri telah mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara, dengan itu semua persatuan-persatuan silat di Malaysia harus mengembangkannya ke peringkat antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Ke-29 Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Mohd Ali berkata persatuan-persatuan silat di Malaysia harus progresif dan agresif dalam usahanya untuk mengembangkannya secara meluas seni silat warisan orang Melayu itu.

“Saya memuji apa yang dilakukan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia kerana telah mengembangkan seni silat ke luar negara termasuk di negara-negara Eropah.

“Silat bukan sahaja seni mempertahankan diri tetapi ia juga menyumbang pingat emas di temasya sukan peringkat antarabangsa. Justeru itu, pesilat-pesilat Malaysia yang menyertai Sukan Asia 2018 harus melakukan persediaan secukupnya demi mengharumkan nama negara,”katanya.

Beliau berkata silat bakal diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai seni mempertahankan diri orang Melayu di Malaysia, sekali gus mencatatkan sejarah buat negara. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]YEHTRTTWeWc[/wpdevart_youtube]

Tags: Ali Rustamsilat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

Video Tular Lelaki Bersilat Di Tanah Kubur Tiada Unsur Pemujaan

23/11/2025
0

KLUANG – Tiada sebarang unsur pemujaan atau ritual bercanggah syarak di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu, di sini, susulan...

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

UNESCO Iktiraf Silat, Mak Yong, Dondang Sayang, Songket Negara

19/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengiktiraf enam elemen warisan tidak ketara (WTK) dari Malaysia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd