• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambak Laut: Kerajaan P.Pinang Digesa Kaji Semula Keputusan

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kerajaan Pulau Pinang diminta mengkaji semula keputusannya meluluskan projek penambakan laut di kawasan Permatang Damar Laut dekat Batu Maung di sini demi nasib penduduk setempat dan keseimbangan hidupan laut di kawasan itu.

Justeru itu, Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Himi Yahaya berkata alasan kerajaan DAP meluluskan projek itu untuk tujuan pembangunan ekonomi adalah tidak boleh diterima kerana ia memberi kesan terhadap banyak pihak.

Dr Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata tindakan kerajaan negeri itu akan memberi kesan serius kepada kehidupan nelayan yang bakal berdepan kemerosotan mata pencarian dari hasil tangkapan laut.

Selain itu, katanya aktiviti penambakan laut juga boleh menjejaskan hidupan marin keseluruhannya.

“Kita nak tahu apa sebenarnya tujuan kerajaan negeri bangunkan projek-projek rangkaian infranstruktur seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Mass Rapid Transit (MRT) dan kemudahan pengangkutan awam lain yang menelan belanja begitu besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Khidmat Masyarakat (CSR) sempena Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam di Taman Negara, Teluk Bahang dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mempersoal tindakan kerajaan negeri yang merahsiakan tentang projek tambakan laut seluas 25 ekar di Bayan Bay di sini.

Pengerusinya Teng Chang Yeow mendakwa projek itu diluluskan oleh kerajaan Pulau Pinang pada 29 Ogos 2013 namun, ia diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam ucapan bajetnya di Dewan Undangan Negeri pada 6 Nov lepas.

“Projek tambakan laut ini diluluskan tanpa melalui proses tender terbuka,”dakwa beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Teng berkata pada 29 Ogos 2013 kerajaan Pulau Pinang hanya meluluskan projek menambak laut seluas 13 ekar sahaja kepada Ideal Gim Venture Sdn Bhd manakala pada 5 Julai 2013, Ideal Gim Venture Sdn Bhd memohon tambahan keluasan 0.99 ekar untuk ditebus guna dan diluluskan pada 18 Julai 2014.

“Jawatankuasa Perancangan Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri hanya menggunakan masa tiga bulan bagi meluluskan kebenaran merancang bagi projek ini…mengapa hanya syarikat itu satu-satunya yang menikmati hak keistimewaan ini?” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]qkz3Rxo89Hw[/wpdevart_youtube]

Tags: Tambak Laut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambak Laut Tak Jejas Keselamatan Negara

30/11/2021
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan...

Tidak Sokong Projek Tambak Laut Jika Rugikan Rakyat

27/08/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong projek tambakan laut di Pulau Pinang sekiranya ia akan memberi kerugian yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd