• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: TM Hargai Inisiatif Jalur Lebar

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Telekom Malaysia (TM) menghargai pengiktirafan kerajaan terhadap pentingnya Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi menerusi peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk membangunkan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan ekonomi berimpak tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa dalam satu kenyataan menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat, mengumumkan peruntukan untuk pembangunan jalur lebar itu meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun.

Ia juga melibatkan pembinaan 1,000 menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut bagi meningkatkan capaian Internet di Sabah dan Sarawak.

Zamzamzairani berkata TM komited menyediakan perkhidmatan jalur lebar tersebut kepada lebih ramai rakyat Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“TM juga akan memainkan peranan dengan memberikan tumpuan khusus kepada sektor pendidikan, dan bersedia mempercepat perlaksanaan inisiatif kerajaan dalam sektor berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015TM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

Pemandu Lori Miliki 16 Rekod Jenayah Ditahan Curi Kabel TM

21/01/2024
0

AMPANG - Seorang pemandu lori yang memiliki 16 rekod jenayah ditahan kerana disyaki mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di...

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd